Inisiatif Musa Aman menjamin tanah Sabah dimiliki rakyat Sabah

Tan Sri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah, telah menjelaskan bahawa tanah negeri Sabah adalah kepunyaan rakyat Sabah dan tidak boleh dirampas oleh orang luar.

Ramai rakyat Sabah yang hidup dalam keadaan miskin dan terdesak, telah terpedaya oleh beberapa pihak yang tamak, supaya menjual tanah mereka pada harga yang terlalu rendah.

Tanah yang dijual pada harga murah ini, hanya cukup untuk mengisi perut untuk seketika sahaja. Tanpa tanah ini, rakyat Sabah tiada peluang lain untuk menjana pendapatan.

Masalah sosial yang serius ini telah ditangani oleh Tan Sri Musa Aman melalui inisiatif tanah hak milik berkongsi.

Pengeluaran surat hak milik tanah berkongsi membolehkan rakyat Sabah memiliki tanah sebagai satu komuniti. Konsep tanah milik berkongsi ini diwujudkan untuk menghalang pemilik tanah daripada menjual tanah mereka dan supaya mereka boleh mewariskan tanah itu kepada generasi masa depan mereka.

Sebanyak 40% tanah negeri atau lebih dari satu juta ekar telah diagihkan kepada rakyat Sabah untuk mengoptimumkan kegunaan tanah itu. Ini akan menghapuskan kemiskinan dan memastikan kegunaan tanah secara optimum.

Geran juga telah diberi untuk memastikan tanah tersebut dibangunkan dengan keperluan asas seperti kemudahan jalan raya, bekalan air dan tenaga elektrik.

Jika modal untuk membangunkan sesuatu kawasan tidak mencukupi, peluang untuk menyertai usaha sama dengan kerajaan dalam beberapa projek yang sesuai dengan kawasan tersebut juga telah diberi.

Inisiatif tanah hak milik berkongsi yang dimulakan oleh Tan Sri Musa Aman akan memastikan tanah rakyat Sabah adalah milik rakyat Sabah dan tidak menjadi milik orang luar.

Share this:
  • 479
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Posted by Sabah Maju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *