Sabah tidak boleh dibiar kembali ke zaman kemunduran: Khairy

SIPITANG: Sabah tidak boleh dibiar kembali ke zaman kemunduran dahulu dan dipinggirkan dari segi pembangunan, kata Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN)
Malaysia Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya kata beliau, Sabah perlu bergerak maju dalam semua aspek termasuk pembangunan ekonomi.

“Kita tidak mahu Sabah kembali ke zaman kemunduran, justeru kita perlu pertahankan kerajaan BN yang ada demi kemajuan yang berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Briged Gempur Pemuda BN Peringkat Negeri Sabah di Dewan Serbaguna Sipitang, di sini pada Sabtu. Hadir sama Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, Pengerusi BN Parlimen Sipitang yang juga Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, Ketua Pemuda UMNO Sabah Yamani Hafez Musa serta barisan kepimpinan BN Bahagian Sipitang.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia berkata pembangunan di Sabah semakin meningkat sejak pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan terus
membangun lebih mapan sejak diambil alih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, berbanding pemimpin sebelumnya, keperluan rakyat di negeri ini tidak dipeduli walaupun Sabah banyak menyumbang terhadap ekonomi persekutuan.

“Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad berundur dan diambil alih oleh Tun Ahmad Badawi seterusnya Datuk Seri Najib, pembangunan di negeri ini terus meningkat secara drastik merangkumi semua peringkat,” katanya.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN Kebangsaan berkata, pembangunan di Sabah bertambah makmur di bawah kepimpinan Musa sebagai ketua menteri yang
banyak membawa pembaharuan dalam pelbagai aspek. — Bernama

Sumber daripada: Utusan Borneo Online

Share this:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Posted by Sabah Maju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *