7 peranan Musa Aman dalam kejayaan Sabah

Ahli Strategi

Apabila Tan Sri Musa Aman mengambil jawatan Ketua Menteri, beliau telah mangkaji masalah yang menyusahkan Sabah dan telah membuat kesimpulan bahawa Sabah memerlukan hala tuju dan modal ekonomi yang baru. Daripada itu wujudnya Halatuju, rencana terperinci untuk ekonomi negeri yang mengutamakan pelancongan, pertanian, perusahan dan modal pembangunan insan.

Selaras dengan Halatuju, beliau menubuhkan Perbadanan Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) pada tahun 2008 untuk mengawal inisiatif Koridor Pembangunan Sabah (SDC) untuk mentransformasikan Sabah kepada destinasi utama perniagaan dan percutiaan menjelang 2025.

Tan Sri Musa sebagai Ketua Menteri memakai beberapa topi yang beliau menimbang dengan tenang. Beliau tidak suka publisiti tetapi beliau berkerja keras dengan senyap untuk memastikan apa yang telah dirancang diselenggarakan dengan sempurna.

 Perancang Kewangan

Sabah mempunyai lebihan bajet sejak Musa menjadi Ketua Menteri. Bajet dan pendapatan Sabah juga semakin meningkat. Musa membentang bajet sebanyak RM4.104 bilion untuk tahun 2018, dengan lebihan sebanyak RM64.89 juta. Ini adalah bajet lebihan keempat berturut-turut yang dibentangkan oleh Sabah. Musa berkata kutipan pendapatan negeri dianggarkan mencecah RM4.169 bilion pada tahun ini, peningkatan sebanyak 9.2% berbanding anggaran pendapatan tahun 2017.

Pemaju Pelancongan

Lebih daripada 3.6 juta pelancong – di mana 1.4 juta adalah warga asing – melawat Sabah dalam tempoh 10 bulan pertama tahun 2017 berbanding 3.4 juta pelancong yang direkodkan untuk keseluruhan tahun 2016. Ini adalah komitmen Musa untuk menarik lebih banyak pelancong dari Cina bukan hanya kepada pantai barat tetapi juga ke pantai timur dan pedalaman Sabah.

Tawau telah mendapat terminal penumpang feri baru. Lapangan terbang Sandakan pula sedang dinaik taraf untuk memiliki landasan yang lebih panjang. Sebuah pusat pelancongan, taman marin serta pusat makanan laut sedang dirancang untuk Semporna. Ini akan menyebabkan lebih ramai pelancong membuat perjalanan ke pantai timur, mewujudkan ekonomi baru di pelbagai daerah di sana.

Pedagang pertanian

Musa telah memulakan Kawasan Agro-Perindustrian Sabah yang terletak di Kimanis dengan keluasan 185 ekar. Taman pertanian ini akan menjadi pusat kecemerlangan agro-bioteknologi untuk mengoptimumkan kepelbagaian biodiversiti dan sumber semula jadi Sabah untuk menghasilkan produk makanan yang lebih bernilai dan produk khusus berdasarkan botani, tumbuhan akuatik dan haiwan.

Di samping itu, Musa melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan Program Mini Estet Sejahtera (Mesej) yang memulakan projek pertanian dan akuakultur mikro di seluruh negeri untuk membantu 2,500 ketua rumah tangga miskin di Sabah. Beliau juga telah memperkenalkan hak milik berkongsi untuk menghentikan kehilangan tanah-tanah asli di luar bandar dan memberi peluang ekonomi baru bagi mereka yang tidak mempunyai tanah.

Ahli Industri

Musa telah memastikan pembangunan Pelabuhan Kontena Sapangar Bay (SBCP). Lokasinya strategik di laluan kapal-kapal dari Utara Timur Asia dan Eropah. Pelabuhan ini telah mengambil alih operasi kontena dari Pelabuhan Kota Kinabalu dan merupakan hub pemindahan utama untuk Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East Asean Growth Area (BIMP-EAGA).

Kelompok Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) di Lahad Datu berjaya meningkatkan daerah itu dan menarik pelaburan sebanyak beberapa bilion untuk industri yang akan menambah nilai dan industri yang memberi sokongan untuk mengekalkan Sabah sebagai destinasi utama dalam industri kelapa sawit pada masa hadapan.

Selain daripada itu pembangunan utama Sabah termasuk Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sabah (SOGIP) yang menarik pelaburan sebanyak RM11 bilion, Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis dan Saluran Paip Gas 500km Sabah dan Sarawak (SSGP).

 Pemelihara Alam Sekitar

Selepas kejayaan dalam pemeliharaan alam semulajadi dalam inisiatif “Jantung Borneo” (HOB) yang berjaya menambah hutan pelihara kepada 1.3 juta hektar, kepimpinan Musa juga telah mengubah hutan terbiar kepada kawasan perlindungan haiwan liar komitmen terhadap pengurusan hutan lestari dan projek-projek pembangunan alam mesra di seluruh Sabah.

Musa juga bertanggungjawab untuk menubuh Teknologi Hijau Sabah dan Majlis Perubahan Cuaca, yang bertanggungjawab menyediakan polisi dan memberi cadangan untuk menangani isu-isu teknologi hijau dan isu pemeliharaan dan penukaran cuaca di peringkat negeri. Pantai Tanjung Aru dan Taman Putera Philip juga perlu diselamatkan kerana telah kehilangan 60 hingga 70 meter sebabkan hakisan sejak 50 tahun yang lalu adalah salah satu keutamaannya sekarang.

 Pejuang masyarakat

Musa berkata beliau telah lama memandang peranannya sebagai Ketua Menteri untuk semua dan sejak menjadi Ketua Menteri beliau telah menyalurkan hampir RM300 juta untuk menyokong sekolah vernakular dan misi Cina serta organisasi agama bukan Islam. Beliau juga telah menjanjikan berjuta-juta ringgit kepada NGO atas permintaan oleh pelbagai NGO dari seluruh lembaga untuk membiayai program dan aktiviti mereka. Ini termasuk dewan perniagaan, organisasi wanita, sebab amal, badan persekitaran dan persatuan kebudayaan.

Musa Aman meneraju program LEAP 2016-2035 Sabah, untuk manghapuskan pengangguran menjelang tahun 2035 dan memastikan semua kawasan luar bandar mendapat saluran air minuman yand bersih serta saluran tenaga elektrik. Sabah dalam hala tuju yang baik dengan penurunan pengangguraan dari 19.7% pada tahun 2009 kepada 2.9% pada tahun 2016.

 

Share this:
  • 1.3K
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Posted by Sabah Maju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *