Briged Gempur Pergerakan Pemuda BN Sabah dilancarkan

SIPITANG: Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman melancarkan Briged Gempur Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah peringkat negeri di Sipitang.

Majlis pelancaran dihadiri kira-kira 5,000 orang itu diadakan serentak dengan pelancaran Jentera Pilihan Raya BN peringkat Parlimen Sipitang. Hadir sama, Ketua Pemuda BN Pusat merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dan Ketua Pemuda BN Sabah merangkap Ketua Pemuda UMNO Negeri Yamani Hafez Musa.

Berucap pada majlis itu, Musa yang juga pengerusi BN Sabah berharap Briged Gempur itu menyemarakkan semangat perjuangan dan kempen BN menghadapi
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau menegaskan jentera pilihan raya BN dimantapkan kerana PRU14 merupakan pilihan raya paling mencabar berbanding pilihan raya sebelum ini.

“Kita (BN) perlu menang supaya kita kekal berkuasa dan terus membela nasib rakyat. Kita mempunyai pemimpin dan dasar yang baik dan terbukti dengan rekod
pencapaian selama ini,” katanya

Sumber daripada: Utusan Borneo Online

Share this:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Posted by Sabah Maju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *