Mengapa Musa?

Ramai pihak menyoal sebab Tan Sri Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah. Beliau bukan kaum Bajau yang merupakan suku kaum bumiputera Islam yang terbesar di negeri Sabah tetapi beliau adalah dari kaum Dusun, suku kaum bumiputera yang lebih kecil.

Walaupun Tan Sri Musa dari suku kaum yang kecil, beliau sentiasa berusaha untuk mejaga kebajikan semua rakyat Sabah dan mendapat sokongan setiap rakyat Sabah yang terdiri dari kaum Bajau, Dusun, bumiputera dan juga kaum-kaum bukan bumiputera lain.

Tan Sri Musa merupakan calon kukuh di Sg Sibuga, kawasan yang terdiri daripada kaum bumiputera Islam, kaum bumiputera bukan Islam dan kaum Cina yang boleh dikira besar. Beliau telah menang kerusi pada tahun 1994, 1999, 2003, 2008 dan 2013 dengan majoriti yang membesar setiap kali.

Cara pemimpinan dan pentadbiran Tan Sri Musa diterima oleh semua rakyat Sabah tidak kira kaum atau agama. Oleh itu beliau dilantik sebagi Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003. Kejayaan beliau memimpin negeri Sabah dari awal berjaya memansuhkan sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah.

Dibawah kepimpinan Tan Sri Musa, system penggiliran dimana kaum bumiputera Islam, bumiputera bukan Islam dan Cina berpeluang menjadi ketua menteri selama dua tahun secara bergilir-gilir tidak diperlukan lagi.

Tan Sri Musa adalah dan masih akan kekal sebagai pemimpin untuk semua rakyat Sabah.

Share this:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Posted by Sabah Maju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *