Manifesto BN babitkan aspirasi Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan berfikir di luar kotak dalam membentuk manifesto yang akan dikemukakan dengan membabitkan aspirasi Sabah dan Sarawak.

Ketua Penerangan Umno Malaysia Tan Sri Annuar Musa berkata manifesto yang akan dikemukakan pada 7 April kelak bukan sekadar janji semata-mata tetapi
lebih kepada pelaksanaan untuk rakyat.

“Ini adalah permulaan dan harapan baharu yang mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberanikan diri mengambil pendekatan dengan memikirkan apa yang harus kita persiapkan untuk masa hadapan.

“Jadi saya berharap semua pihak akan menunggu dan apabila manifesto ini dikemukakan dapat menelitinya secara mendalam kerana manifesto ini bukan hanya
sekadar untuk janji tetapi lebih kepada pelaksanaan.

“Dalam hubungan ini Sabah dan Sarawak mendapat perhatian khusus Perdana Menteri kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Bersama Ketua Penerangan Umno Malaysia di sini pada Ahad.

Annuar yang juga Ketua Publisiti dan Penerangan BN berkata manifasto berkenaan juga adalah satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

“Ini kerana ia memberi satu bantuan satu harapan baharu dan besar yang meletakkan Sabah Sarawak di hadapan.

“Apa yang berbeza dengan manifesto BN kali ini adalah bagaimana Perdana Menteri Malaysia mengambil masa panjang dan teliti yang bukan sahaja beberapa perbincangan tetapi juga rujukan kepada beberapa pihak serta juga pihak berkepentingan,” jelasnya.

Tambahnya banyak parti politik lain (pembangkang) menggariskan manifesto yang menarik perhatian pengundi semata-mata.

Sumber: Utusan Borneo Online

Share this:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Posted by Sabah Maju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *