Tepuk Dada, Tanya Selera – Tukar haluan atau terus memartabatkan Sabah 

  • Pelaksanaan projek, seperti Lebuhraya Pan Borneo, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (akan siap pada akhir 2018) dan Pembangunan Tanjung Aru Eco akan meningkatkan infrastruktur, pelancongan, peluang pekerjaan dan ekonomi di Sabah.
  • Perancangan untuk pembangunan usahawan belia sedang giat dijalankan. Ini adalah untuk mewujudkan pekerjaan dan menggalakkan keusahawanan dari kalangan muda Sabah.
  • Kerajaan Pusat telah memperluas penyediaan kemudahan asas yang tidak disediakan sebelum ini seperti elektrik, perumahan yang lebih baik dan baru serta jalan raya dan jambatan di kebanyakan kawasan luar bandar.
  • Fokus telah diberikan untuk berkongsi kekayaan negeri dengan mereka yang memerlukan di kawasan luar bandar melalui program seperti membina sekolah baru dan menyediakan lebih banyak kemudahan komuniti.
  • Aktiviti pembalakan haram telah dibendung, kesan sisa-sisa karbon dan kebimbangan alam sekitar akibat ladang kelapa sawit dan industri berat lain di Sabah telah diberi perhatian dan sokongan.
  • Tumpuan untuk membangunkan industri minyak dan gas diteruskan dengan:
Taman Perindustrian Minyak & Gas Sipitang (SOGIP) – dijangka menjana sebanyak RM12 bilion dan mewujudkan sejumlah 30,000 peluang pekerjaan menjelang 2021; Loji pengeluaran Ammonia & Urea SAMUR (Petronas Chemicals), yang akan menjana pendapatan sebanyak RM1.5 bilion, menyediakan 500 pekerjaan; Kimanis 300 MW Terminal Minyak & Gas Sabah (SOGT) di Kimanis;
Paip Gas Sabah, Sarawak (SSKP) dari Kimanis ke Bintulu; Sabah juga mempunyai ekuiti 20% dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bersama-sama dengan Petronas Carigali & Sapura Kencana.
Ini adalah perkembangan utama industri minyak dan gas di Sabah dan akan turut memberikan tempias pembangunan di kawasan sekitarnya.
  •  Minyak sawit
Sabah sedar bahawa menjadi pengeluar CPO terbesar di Malaysia, kami perlu memindahkan tumpuan ke pemprosesan kelapa sawit lebih jauh. Oleh itu, kami memutuskan untuk menubuhkan Klaster Industri Kelapa Sawit Lahad Datu yang dijangka menjana sebanyak 10,000 pekerjaan menjelang 2020 dan Klaster Industri Minyak Sawit Sandakan  yang akan menjana sebanyak 1708 pekerjaan.
  • Agrobisnis
Di samping itu, juga terdapat potensi dalam perniagaan pertanian. Oleh itu, kami membangunkan Lembah Ternakan Bersepadu Keningau (pelaburan sebanyak RM678 juta) yang memberikan 1,000 pekerjaan dan pelaburan oleh anak syarikat Annam Corporation, Agensi Pelaburan Brunei.
  • Pembuatan
Sektor pembuatan merekodkan nilai pelaburan terkumpul sebanyak RM10.48 bilion, mewujudkan 11,416 peluang pekerjaan dari 2013 hingga Jun 2017 serta Taman Industri Kota Kinabalu – pelaburan sebanyak RM4.7 bilion – 23,000 pekerjaan menjelang 2020.
Share this:
  • 529
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Posted by Sabah Maju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *